Pejam celik pejam celik anak kecilku dah masuk tadika. Untuk Danish ni macam kakak Dinie dan abang Danial juga, aku survey banyak Tadika cuma kali ni lebih tekankan kepada mencari tadika Islam. Masa kakak Dinie dulu Ibu masukkan ke CEC yang dah tukar nama ke REAL KIDS sekarang ni, abang Danial tadika Cahayaku sebab tadiak tu khas tuk kanak-kanak Dylexsia,. Jadinya lebh baik tukar adik ke tadika yang berasaskan keislaman sikitkan.Cakap lah apa sahaja Tadika Islam yang ada di area Lembah Keramat cum Wangsa Maju ni semua aku dah survey.
Genius Aulad Wangsa Melawati - Antara Tadika Islam yang famous jugak tapi untuk kawasan Wangsa Maju baru sangat beroperasi dalam 2 tahun macam tu. Sebenarnya silibus yang digunakan adalah silibus mereka sendiri macam tadika-tadika lain jugak cuma kawasan persekitarannya adalah rumah kedai macam Smart Reader juga. Aku tak tahu samada bagus atau tidak tadika ni tapi ada orang kata kurang sikit..tapi wallahhualamkan...
CIC - Child Islamic Centre dekat Giant Taman Permata. Antara yang termahal kot kat area Lembah Keramat. Pengajaran adalah English Medium. Pendaftaran sahaja mencecah dalam RM1000 + untuk half year. nanti June kena bayar lagi
Little Caliph Seksyen 6 Wangsa Maju. Bulanan dia sahaja RM270 tak termasuk kalau anak nak dimasukkan ke swimming lesson, van sekolah lagi.Tapi Yuran pendaftaran murah sekali bayar sahaja dalam RM1000.Persekitaran sangatlah best, bilik darjah pun best, silibus pun best. Tapi tak tahan dengan monthly feesnya.
IIUM Montessori AU5C - pun mahal monthlynya RM250. Dahlah fees kena bayaw every Quarterly. Parah Mak. So terus terkubur nak hantar Danish ke situ.Tapi persekitaran memang best. Every Tuesday pulak sekolah akan hantar budak2 ke UIA untuk swimming.
Akhir sekali Danish dimasukkan ke Tadika Tunas Ilmu yang merupakan tadika bercirikan Islam tapi bahasa pengantar ialah BM. So far yuran pendaftaran yang termurah dalam RM800, bulanan RM180 dah ada ajar taekwando setiap hari rabu sebagai ganti bersukan. So far dah 4 bulan bersekolah, walaupun dia belum belajar menulis, tapi banyak surah2 pendek yang dia dah tahulah. Even Doa Dhuha pun dah boleh lah dia baca.Silibus yang digunakan di sini adalah kaedah Cahayaku macam abang Danial
Dibawah ni adalah saat2 Danish hari pertama. Kelakar pun ada bila aku sebagai ibu pada 2 orang anak yang sudah menempuh tadika, inilah pertama kali aku ikut masuk sekolah duduk dengan dia sekali dalam tu.hehehehe. anak bongsulah katakannnn

As salam, Boleh tanya. Tadika Tunas Ilmu di mana? sedang mencari preschool utk anak beruia 4 thn pd thn depan.
ReplyDeleteTerima Kasih
salam perkenalan.. sy plan nk masuk kan anak ke LC thun depan.. nie yg tengah baca blog ttp pengalaman anak2 yg pernah belajar di LC. Tq for sharing
ReplyDeletejemput singgah ke blog saya follow sekali yer :)
http://izzanyrosdin.blogspot.com/
saya sedang mencari tadika untuk anak saya yang berusia 5 tahun next year, if ada cadangan yang bagus area wangsa maju boleh tinggalkan jejak di blog saya
ReplyDeletehttp://ibuveronza.blogspot.com/
tqvm.
saya sedang mencari tadika untuk anak saya yang berusia 5 tahun next year, if ada cadangan yang bagus area wangsa maju boleh tinggalkan jejak di blog saya
ReplyDeletehttp://ibuveronza.blogspot.com/
tqvm.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete