Thursday, April 5, 2012

Dahi Cecah Ke Sejadah

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Allah
Dan dibumbungi dengan langit Allah
Serta menikmati rezeki Allah
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Fire Rescue and Training by MVFR di The Weld

18hb March 2012 - Pusat Beli Belah The Weld dengan kerjasama Malaysian Volunteer Fire Rescue and Training telah mengadakan aktiviti untuk kanak-kanak cara-cara menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran. Ibu telah masukkan kakak Dinie-Danial dan Danish dalam acara ni memandangkan aktiviti ni free. Mula-mula ingatkan ibu nak pergi sendiri sekali abah volunteer nak hantar.

Aktiviti ni sangat bagus kerana dia ajar macamana nak selamatkan diri bila api terkena baju, macamana nak selamatkan diri dari asap, selamatkan adik yang pengsan, buka kunci dalam keadaan mata bertutup dam pengalaman sebagai ahli bomba jugak

mereka diajar bagaimana merangkak di tepi dinding sehingga jumpa jalan keluar
 stop-drop-roll: cara bagaimana memadamkan api yang terkena pada baju

mencuba membuka mangga kunci dalam keadaan mata bertutup
 bagaimana menyelamatkan adik yang pengsan

lari kakak lari

Wednesday, April 4, 2012

abah @ Buletin Utama



Awal bulan 3 hari tu abah ikut activiti berbasikal bersama Timbalan Menteri Sukan di Pusat Karangkraf Conlay untuk aktiviti riadah. Sekali tengok Buletin Utama terselit gambar abah yang 'sihat' itu dekat barisan depan sekali.hehehehe. terus Ibu muat-turun dalam HP untuk masukkan dalam blog. Nanti bila dah delete gambar ni dari HP, adalah jugak kenangan....


rumah manis rumah

Akhirnya siap juga rumah aku yang comel ini. Walaupun terlewat dari jangkaan awak yang mengambil masa 3 bulan, tapi tak apalah janji siap. hehehehehe

Our Holiday

1.1.2012 - dah tiga tahun berturut-turut cuti tahun baru ibu dan abah bawak kakak dan adik-adik pergi bercuti. Tahun ni ibu abah bawak kamu bertiga dekat-dekat je iaitu Hotel di Port Dickson. Hotel ni OK jugak, yang pasti ibu dengan abah kalau nak plan pergi hotel kena carik hotel yang ada swimming pool yang besar. So far Hotel ni ada ciri-ciri yang abah tetapkan itu di samping dia ada kids club untuk kanak-kanak bersantai.Tapi sebelum pergi PD, kita pergi melawat bonde Aya di Melaka dulu. Bonde dah tinggal rumah sendiri, so kebetulan Papa Anuar pun balik bercuti, so dapatlah kita bersantai dulu. Esoknya pagi-pagi abah bawak kita ronda-ronda Bandaraya Melaka sebelum kita bertolak ke PD.


9.3.2012 - Kita pergi bercuti ke Terengganu pulak.Memandangkan adik Uncle Pian nak kahwin, ibu n abah ambil kesempatan bawa kakak - danial dan danish bercuti ke terengganu dan kuantan. Bukan senang dak dapat peluang pergi bercuti ni, jadi ibu ambil kesempatan ini ajak abah bawak anak-anak ibu pergi bercuti. Yelah nak harapkan hari minggu memang tak akan ada masa sebab abah kerja sabtu dan ahad pula hari abah beriadah bersama group basikalnya. Di Terengganu kita stay di Ri-Yaz Hotel dan Primula, habis berseronok di dalam swimming pool kita bertolak balik dan singgah di Kuantan pulak. Untuk percutian kali ini ibu puashati sebab anak-anak ibu seronok. terima kasih abah sebab bawak kita pergi jalan-jalan



Friday, March 30, 2012

3 perihal hidup

3 Perihal Kehidupan

1. Harapan
 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran

 
•Ada 3 Hal yang paling berharga :
 

1. Kasih Sayang
 
2. Cinta
3. Kebaikan 

 
•Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
 
2. Kejayaan 
3. Mimpi 

 
 
•Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang : 1. Komitmen 
2. Ketulusan
3. Kerja keras 

  

•Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus

 
•Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu : 1. Rezeki 
2. Umur 
3. Jodoh
 
 
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :

1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian.

Danish is 5

Hepi besday Danish. Wahhh lama betul ibu tak post kat sini. Danish tahun ni dah masuk 5 tahun.moga danish menjadi anak yang soleh, mendengar kata dan bijaksana.

Danish dilahirkan di Pusat Rawatan Kohilal di Taman Melawati sama klinik dengan Kakak Dinie dan abang Danial. Macam biasa anak-anak ibu semua tak nak kuar on time. Semuanya mesti lewat seminggu atau lebih. Awak je dah lebih 2 minggu.

Masa kakak Dinie expected due date ialah 16hb September 2001, tapi 14hb dah turun darah, telephone arwah Dr Lo'lo masa tuh dan dia suruh cepat2 pergi. Tunggu abah balik pastu pergi klinik kena tahan, biasalah kena seluk tapi masih belum bukak punnn. Memandangkan dah turun darah, dr tahan jugak masuk wad. Malam itu ibu tak boleh tidor sebab sekejap-sekejap contraction, kejap-kejap keras perut.... Danish nak tahu sapa yang lebih-lebih tidor? Pandaiiii... abah lena sungguh tido atas katil ibu. masa tuh ibu ambil sebilik seorang...maklumlah anak sulung, tapi katil satu... jenuh bersempil dengan abah yang 'besar' itu...sekali pagi tu lepas subuh nurse datang suruh ibu sembahyang subuh dan naik labour room.Sekali pukul 8 belum nak beranak lagi..semua datang masa tu, Maktok - nenek - arwah atok - kak ida abang shahril siap bawak air kembang fatimah. minum2 air tuh 'plupup' bunyi air ketuban pecah.....hah terus nurse panggil Dr masuk dan ibu pun teran... keluarlah kakak pada pukul 9 lebihhhh. abah diberi penghormatan potong tali pusat kakak.

Abang Danial pun sama, patut dalam 15hb October 2002, tapi tak keluar2. So tanggal 25hb ibu pergi naik teksi ke klinik sebab dr nak induce. petang tu dr induce 1/2 biji je ubat. dia kata esok baru beranak ni. so ibu pun jalan2 dalam ward tu kehulu ke hilir. tak tahu nak pergi mana... abah datang malam tu lepas balik kerja. Masa tu nak terkencing ke nak terberak ke semua takut sebab takut terberanak dalam tandas..hehehehehe. sekali dok malam tu dah terasa sakit dah. masuk labour room tapi tak nak pulak beranak. sekali dah tengah malammmm dia rasa nak ter.... so tunggu dr datang sebab midnight klinik tu tak ada dr standby, kena pulak tunggu dr datang dulu. Nurse asyik tahan abang Danial dari keluar.... Masa danial tak susah sangat nak meneran sebab abang Danial kecik je...ops lupa nak cakap. masa abang Danial ibu dah amik ward biasa

Danish yang paling best. Masa ibu pergi daftar sebab pun dah terlebih hari, ibu siap tanya dr ibu nak balik dulu, tapi dr tak kasi sebab ibu dah register masuk ward. so masuklah ibuuuuu. Masa Danish lagi best sebab dr estimated berat Danish cuma 3.1....heheheheh.so masa dah masuk ward, ibu jalan2 macam biasa sampai naik bodoh tak tahu nak buat apa dah. masuk ubat sampai dua kali tap itak bukak2 laluan sampai nurse pecahkan air ketuban....tapi memandangkan dah lebih 15 jam ibu tak beranak jugak, nurse nak paksa ibu beranak sebab takut air ketuban tinggal sikit. seluk ni Danish tak tahulah ibu nak cakap, punyalah banyak kali sampai dari segan jadi tak seganlah...

sekali masuk2 labour room, punyalah susah ibu nak teran, sampai ibu cakap dekat abah 'ni last k'...hehehe....masa ni abah dah tak berapa nak heran sangat dekat ibu..maklumlah dah tiga kali masuk labour roommm..heheheeh... sekali dr cakap sambil usap perut ibu 'ini bukan 3.1 ni'..hah sudah. Nurse masa tu dah siap sedia nak guna forsep dah, tapi Dr tak bagi, dia suruh jugak secara normal... sekali keluar...mak kau...3.8kg... patutlahhh susah nor.....

Ya Allah, terima kasih kepadaMu kerana memberikan ku anak2 yang sihat dan comel2. Cuma jadikanlah mereka anak2 yang soleh dan cerdik pandai Ya Alllah. Terima kasih kepada arwah Dr Lo'lo, Dr Marsita dan Dr. Siti kerana mengeluarkan anak2 saya dengan berhati2 tanpa ada kecacatan...bukan apa, banyak yang aku dengar berlaku kecacatan semasa kelahiran kerana kecuaian Dr.