Wednesday, December 17, 2008

8.Tangan yang indah....

Kepada sesiapa yang masih ada ibu...
Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membelibelah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan .. Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...
Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu. Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........

Tuesday, December 9, 2008

7.kenduri ibtisyam
















impian ilyana - lydia ibtisam - my cousin hahahahaha.





/so meriah makan dari tengahari sampai malam.





/Ada tiga jenis nasik - nasik putih, nasik minyak and nasik beriani.





/Pas tuh ada lemang, satay, mee kuah, bubur itam n kuih muih.





/Ada tarian and pencak silat.





/pengantin makan pukul 3. hahahahah




Thursday, December 4, 2008

6.malaysian honda civic club
















gathering dekat padang merbuk untuk shot majalah motor trader

5.dinner 2008
















dinner at mandarin Oriental Hotel KLCC





theme - mask of the world....hahahahaha

Tuesday, December 2, 2008

4.malu sendiri

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.
NAmun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.
Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.
Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat“HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya….Ya….Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini.”JElasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.“Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin.” Ujarnya pada akhir perbualan
Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur
“Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?”
“Saya datang nak pasang talian telefon” Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna…..
MORAL IS JANGANLAH SELALU MENUNJUK SANGAT ….

- petikan ihsan dari nabil.

3.my wedding day
















hahaha ari bersejarah. tanggal 27/05/2000 selamat diijab kabulkan dengan lelaki pilihan - syamsul razif bin nursjamsul kamar. umah lelaki buat kat dewan karangkraf jalan conlay pada 03/06/2000. glamer u, ada omputih mai merenjis.





2.my family







3 D's - Dinie - Danial - Danish......

Monday, December 1, 2008

1. konvokesyen ku











tanggal 17 August 2008 adalah hari bersejarah buatku apabila aku mendapat ijazah sarjana muda dari UTM atas kejayaanku menamatkan pengajian ku selama 4 tahun sebagai student tua. hehehehe dah ler part time ngan anak bederet kat belakang. masa aku masuk jadik student dinie baru umur 2 tahun, danial lak 1 tahun, time nak abih, dapat laks danish.heheheheh tengah-tengah sibuk study sempat lagi kuar sorang heheheheh.


tapi aku syukur sangat sebab ada laki aka suami yang boleh lah kalau takat nak anto n jaga budak2 kat umah walaupun karang time aku balik umah bersepah and anak2 comot2. hehehehehe.